Friday, October 23, 2009

Bersiap sedia untuk Protes Anti-ISA sekali lagi!





KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) memandangkan undang-undang itu ia masih lagi
relevan dan terpakai dalam suasana keselamatan dan ketenteraman awam semasa negara
ketika ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"ISA perlu dikekalkan kerana keberkesanannya di dalam mencegah sebarang perbuatan,
kegiatan atau aktiviti berbentuk subversif ataupun yang boleh mengancam atau memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan
Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Isnin.

Karpal ingin tahu sama ada kerajaan bersedia untuk memansuhkan ISA dan kesemua
undang-undang berkaitan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata kementerian menubuhkan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa
Teknikal Kajian Undang-Undang untuk menyemak ISA dengan perkara yang diberi tumpuan
adalah seperti bidang kuasa menteri, tempoh tahanan dan hak-hak orang tahanan.

Sehingga 30 Sept ini, kata beliau masih ada sembilan tahanan ISA, iaitu enam daripadanya
terlibat dengan kegiatan militan dan keganasan manakala tiga lagi terlibat dengan pemalsuan dokumen.

Dalam proses menyemak dan mengkaji peruntukan ISA serta prosedur pelaksanaan ISA,
Hishammuddin berkata Jawatankuasa Teknikal Kajian Undang-Undang membuat perbandingan
dengan undang-undang seumpama di negara lain seperti Amerika Syarikat
(USA Patriot Act 2001 dan Homeland Security Act 2002);
Australia (Terrorism Act 2005); United Kingdom (Terrorism Act 2000);
Singapura (Internal Security Act 1963).

Negara lain ialah Tanzania (Tanganyika Preventive Detention 1962);
Bangladesh (Special Powers Act 1974), Ghana (Preventive Detention Act 1958);
Timor Leste (Internal Security Law 2003); Israel (Emergency Powers [Detention] Law)
dan Sri Lanka (Prevention of Terrorism Act 1982).

Hishammuddin berkata kajian turut meneliti hasil-hasil kajian dan penulisan khususnya
yang berkaitan dengan pelaksanaan ISA 1960.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment