Thursday, October 15, 2009

AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED (News Release)


Nikon DX-format, ultra wide-angle 2.4x zoom lens with a focal length of 10 to 24mm

Tokyo – Nikon Corporation is pleased to announce the new AF-S DX NIKKOR10-24mm f/3.5-4.5G ED lens with built-in Silent Wave Motor (SWM) for Nikon DX-format digital SLR cameras. Compact and lightweight, this ultra wide-angle 2.4x zoom DX NIKKOR features a focal length range of 10 to 24mm (picture angle is equivalent to a focal length of 15 to 36mm in FX- and 35mm format cameras).

This lens is suitable for diverse scenes from small rooms, architecture and panoramic landscapes to distinctive portraits with exaggerated perspective. The newly developed optical system features two ED glass and three aspherical lens elements for truly outstanding reproduction. The Silent Wave Motor (SWM) incorporated in the lens body offers smooth, quiet AF operation and an exceptional level of shooting comfort.

The AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED, with its ultra wide-angle perspective and superior image quality, gives users of Nikon DX-format digital SLRs — including the D300, D90, D60 and D40 — more opportunities for creative photographic expression. Nikon will continue strengthening the NIKKOR lens lineup with the addition of innovative and attractive models.

Note:
Although DX NIKKOR lenses can be physically mounted on 35mm film and APS cameras, they cannot actually be used with them because of their small image circle. If the lens is mounted on a Nikon FX-format digital SLR, with the image area option in the shooting menu set to Auto DX crop (default), DX crop is selected automatically.


AF-S DX NIKKOR 10-24mm f/3.5-4.5G ED Major Features

  • DX-format, ultra wide-angle 2.4x zoom lens with focal length ranging from 10 to 24mm (picture angle is equivalent to a focal length of 15 to 36mm in FX- and 35mm formats)
  • Newly developed optical system features two ED glass and three aspherical lens elements
  • Superior reproduction capability, with the distortion that is common with ultra wide-angle lenses dramatically reduced
  • Silent Wave Motor (SWM) ensures smooth, quiet AF operation
  • Two focus modes available — M/A (manual-priority autofocus) and M (manual focus)
  • Seven-blade rounded diaphragm for natural blur effects
  • Internal focusing (IF) system means the lens barrel length does not change during focusing

Wednesday, October 14, 2009

SEDIA TERIMA KEKALAHAN, PAS PASTI BANGKIT - NIK AZIZ

Pas sedia terima kekalahan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini.

“Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana.

“Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi.

Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku.

“Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk.

“Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya./Sinar

Kesekian Kali...

salam,
wah, sudah lame rasenye x update perkembangan terbaru...
ahhahahha....
perkembngan terbaru ye,
skunk ni bru saje lepas exam final...
fuh, takutnye, dalam bergeler graduated student ni,
bnyak betol cabaran, takot2 je ade yg terkantoi...
Harap2 dengan berkat doa, ayah, mak, sedare mare, kawan2 yang dikasihi, dapatlah kiranya diri ini menamatkan sesi pembelajaran di cfsiium pj, dan berpindah ke uia gombak untuk menyambung pembelajaran ku ini di tahap yg lebih tinggi (degree).
hehehe...

so skunk ni, aku dok uma je la...
beristerirehat bersame anak2 dan isteri...
hahahha... insyaAllah kalau tiada aral melintang , bulan 12 ni aku akan mnyambung pembelajaran ku di gombak...


sekilas tentang perkembangan terbaru...

Pada Ahad yg lalu telah berlangsungnye, PRK DUN 31 iaitu daerah BAGAN PINANG NEGERI SEMBILAN, menyaksikan pertarungan 1 lawan 1, diantara parti komponen BN dan juga PAS...
pertarungan antara kedua2 parti ini berlangsung begitu sengit sehingga berlaku kekecohan di perkarangan tempat pembuangan undi...
PRK DUN 31 itu, menyaksikan parti komponen BN yg di wakili oleh Tan Sri Isa Samad memenangi PRK ini dengan majoriti 5000 undi. satu angka yg agak besar dan menimbulkan keraguan ramai pihak...


Kekalahan pertama dalam siri pilihanraya kecil Malaysia yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat mungkin agak pedih bagi sesetengah pihak. Ada juga yang menganggap kekalahan ini satu hikmah. Hikmah yang mampu membuatkan sesetengah pihak yang beria mahu bekerjasama dengan Umno, perbalahan sesama sendiri, tidak menaikkan martabat mereka yang sebenarnya dapat merenung nasib mereka sekarang ini.

Pakatan Rakyat terlalu selesa dengan kemenangan demi kemenangan yang berada acapkali perolehi. Sehinggakan ada yang merasakan rakyat sudah 100% berada di sisi mereka. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Sudah berapa lama mereka membiarkan Zionis Bn memerintah namun mereka telah berjaya menghumban mereka ke lembah hina pada 8 Mac 2008.

1998 - 2001 merupakan tahun kebangkitan rakyat namun BN tetap juga gagal ditumbangkan malah majoriti 2/3 juga gagal dicantas. Walaupun kebangkitan pakatan pembangkang di beberapa kerusi parlimen, rakyat Malaysia tetap tidak berani memberi harapan yang menggunung kepada pembangkang. Sehinggalah kesombongan sebuah parti tertua di Malaysia yang membawa kepada pepecahan Barisan Alternatif, rakyat Malaysia menghukum pembangkang dengan hampir - hampir saja pembangkang kalah teruk.

Tahun 2008 merupakan kebangkitan mega buat pembangkang. Dari utara hingga selatan, pembangkang menunjukkan kekuatannya. Kedah, Pulau Pinang, Perak , dan Selangor dapat dirampas dari tangan Bn. Rakyat menangis kegembiraan melihat regim yang selama ini angkuh dan zalim hampir tersungkur di lantai. Rakyat menunggu dengan tabah, menanti satu pakatan baru yang kukuh dapat memberikan satu alternatif pemerintahan yang lebih menyakinkan.

Antara isu - isu yang mampu menyebabkan Bn tersungkur di beberapa negeri hanyalah satu. Jika poket rakyat terganggu atau sengaja diganggu maka bersiap - sedialah dan nantikanlah gelombang baru untuk membelasah mereka yang menyebabkan pintu rezeki mereka terganggu.

Hulurkanlah isu - isu penting. Rasuah, penyelewangan kuasa, kezaliman, perkauman apa sahaja, jika hak mereka secara mutlak dan pintu mereka tidak diganggu jangan harap sesuatu regim itu dapat ditumbangkan. LDP ditumbangkan oleh rakyat Jepun bukan semata - mata isu rasuah atau penyelewangan kuasa. Isunya adalah kerana keadaan ekonomi Jepun yang semakin lama semakin tenat dan ini sudah pasti menaikkan kemarahan rakyat Jepun dan mula mencari alternatif lain. Maka muncullah DPJ yang membicarakan soal bagaimana bobroknya pemimpin LDP dalam menangani isu ekonomi. Mereka tampil dengan suatu dasar ekonomi baru yang akhirnya mendapat perhatian rakyat. Apabila perhatian rakyat kearah mereka, barulah mereka mula menyelitkan isu kezaliman atau secara lebih tepat penyelewangan kuasa oleh pimpinan LDP. Maka LDP secara total tumbang di Jepun.

Begitu juga di Malaysia. Apabila isu kenaikkan harga minyak dimainkan, koridor sana sini dilekehkan, kos sara hidup semakin meningkat, barang keperluan semakin meningkat rakyat mula menunjukan minat kepada Pakatan Rakyat. Apabila PAS, KeADILan dan DAP tampil dengan suatu dasar ekonomi masing - masing, rakyat tak kira Melayu, Cina dan India secara bangga menyatakan sokongan kepada mereka. Apabila sokongan mulai diterima, maka isu - isu kezaliman seperti ISA, perkauman, rumah setinggan yang secara paksa diroboh akhirnya juga mendapat perhatian. Hasilnya? Bn kalah beberapa negeri.

Bagan Pinang Pakatan Rakyat gagal menerangkan isu - isu sebegini. Malah isu - isu seperti Kugan, Teoh, kepala lembu kalau ikut kata beberapa sumber tidak dimainkan dengan baik. Isu harga minyak naik gagal mendapat perhatian. RON 95 yang dijanjikan RM 1.75 namun dinaikkan RM 1.80 tidak mendapat perhatian. Tambang bas sekolah, teksi yang dinaikkan juga tidak dimainkan. Jika dulu DSAI muncul di pentas ceramah, antara janji beliau, menang Malaysia turun harga minyak. Sekarang di Bagan Pinang isu seperti ini lesu.

Ya, rasuah adalah suatu jenayah. Namun inilah Malaysia dan bukan sahaja Malaysia silap - silap satu dunia juga begitu. Isu ekonomi lebih dekat dengan kita. Isu mereka yang tertindas teruk di bawah sesuatu regim dekat dengan kita. Rasulullah s.a.w mendekati hamba abdi yang teruk ditindas. Apabila mereka mula dekat dengan Baginda s.a.w barulah Baginda s.a.w menyebarkan dakwahnya. Sesuai dengan keadaan itu. Malaysia, isu sekarang adalah isu ekonomi. Saya ulangi, ISU EKONOMI. Jika kita gagal menyakinkan mereka yang kita bersungguh menyelamatkan ekonomi kita jangan haraplah mereka akan mendekati kita. Contoh di Bagan Pinang. Mana mungkin selama ini PR yang menikmati undi kaum bukan Melayu dengan begitu cemerlang akhirnya kalah di semua peti undi yang melibatkan kaum tersebut. Kerana apa? Kerana isu yang dekat dengan mereka gagal dimainkan dengan baik. Jangan nafikan.

Saya hanyalah anak muda yang biasa sahaja. Yang hanya tahu berseronok sahaja. Tapi saya dan teman - teman juga mengambil tahu isu yang melibatkan negara. Tapi apabila kami sendiri turun ke sana, melihat jentera penerangan yang agak kurang menerangkan isu - isu seperti yang saya terangkan, kekalahan dapat dirasakan. Saya bukannya cerdik pandai politik. Tapi orang bukan cerdik pandai inilah yang lebih dekat dengan masyarakat daripada mereka yang hanya tahu berforum, pergi melancong ke luar negara sana - sini. Tapi realitinya, satu habuk tidak difahami.

Kalah bukan bererti perjuangan sudah tamat. Kalah hanyalah untuk kita merenung diri kita balik. Apakah sudah cukup kita menaikkan taraf rakyat atau cuba sedaya - upaya menaikkan taraf hidup rakyat?

JIKA KITA TERUS BERUSAHA, PERCAYALAH DAN INSYAALLAH...PRU 13 BN TUMBANG SATU SEMENANJUNG!!